Alhamdulillah diri ini masih boleh untuk
menghidu udara yang segar disamping dapat melihat burung-burung
berkicauan di angkasa yang terbentang luas subhanallah... ucapan syukur
tidak terhingga juga kepada Pencipta atas segala nikmat dan nikmat
tertinggi,iman & islam. itulah ciptaan Allah swt... ketika diri
melihat ciptaan Sang Pencipta yang memutarkan bumi yang langit dan tanah
tiada paksi. Terlintas di fikiran sejenak.
Adakah ukhuwwahfillah sesama ikh/akh cukup kuat?
Adakah ahlinya sudah jauh dari segala musykilah?
Adakah mutabaah amal sudah ditanda + diamal?
Adakah wajibat yang ditaklifatkan sudah terselesai?
Adakah DF kita semakin bergerak kencang atau hanya di awangan semata2?
tepuk dada tanya IMAN...
Tergerak
jari-jemari ini untuk menulis dan berkongsi gambaran mengenai PROSES
DAKWAH oleh seorang qudama' yang sekian lama memperjuangkan ISLAM hingga
ke titisan darah terakhir...
Sebelum itu, apakah tarbiyyah yang difahami?
Telah didefinasi tarbiyyah dari seorang pakar tarbiyyah yang mengatakan
"Cara yang paling ideal dalam berinteraksi dengan firah manusia,baik secara langsung melalu
i
perkataan atau secara tidak langsung melalui keteladanan untuk
memproses perubahan diri manusia ke arah kondisi yang lebih baik."
[Dr.Ali Abdul Halim]
Gambaran Sayyid Qutb mengenai PROSES DAKWAH adalah seperti biola.
"Ia
menganalisa fitrah manusia itu secara teliti, lalu menggesek seluruh
tali dan seluruh nada yang dimiliki oleh tali-tali itu. kemudian
mengubahnya menjadi suara yang merdu. Di samping itu,ia juga menggesek
tali-tali secara menyeluruh,bukan satu demi satu yang akan menimbulkan
suara sumbang dan tidak terasa. Tidak pula menggeseknya hanya sebahagian
dan mengabaikan bahagian yang lain,yang menyebabkan irama tidak
sempurna dan tidak mengungkapkan irama yang indah hingga sampai ke
tingkat gubahan yang paling mengesankan."
Kesan tarbiyyah inilah yang dapat melahirkan "manusia bekerja rajin,produktif dan aktif sepanjang tahun.'
Sebagai
seorang daei yang membawa risalah, bukanlah ibarat anjing yang tertipu
dengan bayangannya sendiri. Jangan terlalu asyik dan berasa berada
didalam zon selesa pabila diri berasa tinggi dari yang lain. Sedarlah,
risalah ISLAM yang dibawa bukan untuk individu semata-mata tetapi UMMAT.
Mulakan
dari dalaman diri setiap daei. Muhasabah diri kembali takut terleka
dibuai mimpi-mimpi indah dan angan-angan yang tiada titik noktah. Moga
diri-diri yang berjuang demi ISLAM ini thabat atas jalan yang dipilih
kerana Allah bukan kerana lain. Jatuhnya seorang d
aei, daei yang lain harus bangunkan kembali agar dapat bersama-sama memperjuangkan ISLAM.
Firman Allah,
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ
يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ
اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ
{Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka
berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah.
Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}