INDAHNYA ISLAM

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ ”Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” (QS. Adz-Dzariyaat [51]: 55).


Jumat, 30 September 2011

PERSPEKTIF CINTA DALAM ISLAM

Diposting oleh Yusuf shadiq

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الواحد الأحد الفرد الصمد الذى لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير.وأشهد أن محمد عبده ورسوله أرسله الله بشيرا ونزيرا بين يدى الساعة فاد الأمانة وبلغ الرسالة ونصح الأمة وجاهد فى الله حق جهاده.الصلاة والسلام على حبيبنا وشفيعنا وزخرنا محمد بن عبد الله إمام المتقين وقائد الدعاة المجاهدين وعلى آله وصحبه ومن سار على هدية إلى يوم الدين.

أما بعد :
قال الله تعالى : واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا.

(آل عمران : 153)

MUQADDIMAH

Kewujudan manusia merupakan keunikan alam anugerah Allah. Komunikasi antara mereka memperlengkapkan survival sebuah kehidupan, manakala hubungan raya manusia dan penciptanya pula menempah kejayaan hakiki. Manusia memiliki fitarah kejadian yang seni dan agung jua sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia.

Cinta menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
من سره أن يجد حلاوة الإيمان فليجب المرء لا يجبه إلا الله عزوجل . (رواه أحمد والحاكم)

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta yang mengenai jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.

Firman Allah SWT :

- Surah Shad ayat : 26 –

Firman Allah SWT :

- Surah Yusoff ayat : 30 –


Cinta yang dinaungi kesucian fitrah dan berpandukan akidah Islamiah ialah cinta hakiki yang membina realiti kemakmuran dan mengundang keampunan Allah.

Firman Allah SWT :

- Surah Ali Imran ayat : 31 –


1. CINTA DI PENYATA WAHYU

Menelusuri cinta bahagia dan hakiki sayugianya melangkah melalui lebuh
raya yang luas terbentang menuju penyata Ilahi. Sebarang lorong dan alur rentas yang tidak menuju Irsyadur Rabbani hanyalah mempertemukan cinta dan nafsu dalam serkap yang gelita.

Firman Allah SWT :

- Surah Al-Jasyiyah ayat : 18 –

Melalui penyata yang juga merupakan surat kiriman dari Allah tertera mengenai
cinta.

a) Cinta kehadrat Ilahi.

Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui skil
cinta murni kehadrat Ilahi. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan ia menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
(أول الدين معرفة الله ).

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab
pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

- Surah Al-baqarah ayat : 165 –

Meletakkan diri dalam zumrah orang-orang yang menyintai Allah mestilah
bertindak penuh dengan mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.Firman Allah SWT :

- Surah Al-Kahfi ayat : 11 –

Pencinta Allah adalah pemilik iman yang komited merangkap pejuang yang
dinamis.Mereka menanggapi kewujudan Allah sebagai Qadhi Rabbul Jalil yang tiada tandingan.
Firman Allah SWT :

- Surah Al-Maidah ayat : 50 –
- Surah an-Nisa’ ayat : 124 –

Merekalah tentera Allah yang aktif dan terpilih untuk bertugas gigih bagi
memastikan agama tertegak di muka bumi ini,pula layak menyandang pingat kejayan sejati.

- Surah Al-Maidah ayat : 54 –

Individu mukmin dalam memburu kesempurnaan ibadat dan kejayaan perjuangan sepastinya merangkul erat nilai cinta kepada Allah.

1. تقرب إلى الله
2. مراقبة الله
3. جهاد فى سبيل الله

Kecintaan kepada Allah antara semboyan untuk mengundang nusrah dan cinta
Allah sedangkan nusrah dan cinta Allah pula menjadi saranan terpenting yang digunakan untuk menjamin keistiqomahan dan kekuatan dalam menghadapi konspirasi musuh-musuh Allah .

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Menjelaskan tentang nilai cinta Allah telah berkata :

العلامة أبو يزيد البسطامى : ليس العجب من حبى لك وأنا عبد فقير إنما العجب من حبك لى وأنت ملك قدير
ترجمة فى الطبقات الكبرى 1/65)

b) Kecintaan kepada Rasul

Perutusan duta besar المصطفى ملعم adalah pemegang mohor yang maha Agung
untuk menguruskan dan mengendalikan titah perintah عزوجل sehingga terlaksana pengabdian diri kepada Allah dan pembenterasan الطواغيت
Firman Allah SWT :

- Surah An-Nahl ayat : 36 –

Justeru itu menjadi hak mutlak bagi Baginda Rasul saw bahawa ia semestinya
dicintai lantaran Baginda telah berselut lumpur menghidupkan obor diri sekaligus menyungkurkan puak jahili.


Menyintai Baginda Rasul saw bererti memberi syahadah dan ikatan bai’ah demi perlaksanaan syariat Allah SWT.Firman Allah SWT :

- Surah Al-Hasyar ayat : 7 –

Realiti cinta kepada Saiyidil Mursalin saw mampu menghadirkan cinta Allah
sebagai satu gandingan cinta sejagat. Cinta inilah yang berenergy tinggi ke lokasi tenang dan bahagia serta penyelamat dari sentuhan azab.Firman Allah SWT :

- Surah At-Taubah ayat : 24 –

c) Cinta mukmin

Interaksi cinta sesama mukmin antara pembuluh yang menyalurkan ‘Izzah dan
Himmah Ummah Muhammadiah. Keprihatinan Islam mengorientasi ummah berkombinasi dan bersepadu adalah melalui perlaksanaan program ukhuwwah Addiniah yang bercagarkan percintaan sesama insan.Abu Al A’la Al Maududi dalam risalahnya (تيف السبيل إلى وحدة الأمة الإسلامية ) telah merakamkan :

لست مبالغا فيما أقول أنه لا توجد نظرية لا فى لقديم ولا فى الحديث توجد الإنسانية وتصلح أساسا للدولة العالمية إلا نظرية الإسلام والإسلام فقط هذه هى منهجية الوحيدة التى باستطاعتها أن تجمع بين الناس جميعا وتجعل منهم عائلة واحدة يتكون منها مجتمع عالمى و تنشاء عليها دولة عالمية.

Jalinan erat hati dan tenaga sesama mukmin,menyuburkan semangat تناصر dalam pembinaan akidah yang mantap,sosial yang sihat dan kekuatan tenaga yang ampuh.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا ولا تدابروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد الله إخوانا المسلم أخو المسلم لا يظلم ولا يخذله ولا يحقره التقوى ها هنا ويشير إلى صدره ثلاث مرات ( أخرجه المسلم )

Akidah yang mantap, sosial yang sihat dan kekuatan yang ampuh merupakan senjata serampang tiga yang efektif untuk menggempur elemen jahiliyyah dan menangani manipulasi Al-Ahzab moden. Berlangsungnya pembelengguan dan penjajahan ummah kini lantaran ketandusan cinta dan kegersangan kasih sayang. Dunia kini merintih kehausan عدالة – سعادة – ومحبة angkara retaknya solidariti ummah.lantas itulah Allah berfirman :
واعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم……..


- Surah Ali Imran ayat :




3. NILAI CINTA MURNI

رابطة العقيدة
- Surah At-Taubah ayat : 11 –

سعادة البشرية
- Surah Al-Hijr ayat : 45-48 –

إصلاح المجتمع
- Surah Al-Hujurat ayat : 10 –

أخوة الرفيقة
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
والذى نفس بيده لا يؤمن عبد حتى يحب لجاره –أو قال – لأخيه ما يحب لنفسه.
(أخرجه البخارى – فتح البارى 13)
رفع العذاب
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
سبعة يظلمهم الله فى ظلله يوم لا ظل إلا ظله (ومنهم) رجلان تحابا فى الله اجتمعا عليه وتفرق عليه (متفق عليه)

Integrasi Cinta Mukmin dengan Gerakan Islam.

Cinta mukmin antara prioriti pelengkap gerakan Islam yang berwibawa.Du’at yang berkasih sayang sebagai tenaga dinamis membina keutuhan tanzim sementara budaya التواص بالحق والصبر beroperasi lancar diatas sama cinta sedangkan ia adalah sumber kekuatan dalaman.
Persefahaman (تفاهم ) pengorbanan (تضحية ) dan persaudaraan (الأخوة ) pula merupakan Intisari Cinta Mukmin.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
ترى المؤمن فى تراحمهم وتوارحم وتعاطفهم كمثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر جسده بالسهتر والحمى.

Al Imam Hassan al Banna dalam kitabnya (أحاديث الجمعة ) ketika menafsirkan Islam menyentuh perihal ukhuwwah Islamiyyah.
( إن الإسلام عقيدة وجنسية ليست جنسية الدم والأرض ولكنها جنسية الأخوة والروح وهى أقوى وأفضل)

Baginda Rasulullah saw di ambang pembentukan daulah Islamiyah Al Fadhilah terlebih dahulu mempersaudarakan al Muhajirin dan al Ansar agar mereka saling cinta-mencintai diantara satu sama lain sebagai asas للتناصر فى بناء الدولة .

d) Cinta Dunia
Terpesona dan ghairah terhadap sandiwara dunia mencacatkan kredibiliti
ummah malah menyemarakkan barah الوهن .Baginda Rasulullah saw ketika ditanya :

ما الوهن يا رسول الله ؟ قال رسوا الله صلى الله عليه وسلم : حب الدنيا وكراهية الموت.
- Surah Al-hadid ayat : 20 -

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : تعس عبد الدنيا وتعس عبد الدرهم وتعس عبد الخميصة (رواه البخارى)

Kehancuran dunia hari ini berpunca dari kerakusan dan sikap tamak haloba sesetengah pihak memboloti kemewahan dunia.Masalah penghakisan tanah,kepupusan hidupan liar,ketipisan lapisan ozon adalah antara permasalahan yang mengancam kestabilan dunia antara tindakan mereka.

- Surah Ar-Rum ayat : 41 –

Cinta dunia menjadi satu vacum yang membekukan daya juang dan kepekaan ummah terhadap rentak tari musuh.Faktor ini mengekalkan ummah di paras الدونية seterusnya menggagalkan strategi pembinaan
الخلافة الإسلامية. Sementara pelupusan iman,taqwa,tawakkal dan tawadhu’ yang mengakibatkan keonaran sosial juga bertunas cambah dari sentimen mata dunia yang tidak berkesudahan.


ANASIR CINTA DUNIA

Cinta harta
Cinta pangkat dan kedudukan
Cinta keturunan (Asobiyah)
Cinta nafsu

CINTA MUDA MUDI (REMAJA) :PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN

Mengharungi pasca moden mencetus komunikasi berani antara manusia. Sopan susila, adat budaya, adab bangsa kian diketepikan. Susila barat, budaya hippies dan adat rimba dibangga-banggakan sebagai trend dunia kini.

Muda mudi adalah agen yang terlalu ketara membantu penguatkuasaan gejala keruntuhan moral. Pergaulan bebas menjadi slogan perjuangan mereka.Hidup mereka hanyut ke tengah gelombang ganas yang membunuh akidah. Realiti ini suatu tragedi yang mencuit perasaan.

Cinta di kalangan muda-mudi turut tercemar oleh wabak jijik yang bermaharajalela. Seringkali percintaan antara mereka berakhir dengan kekecewaan dan maksiat yang keji.

a) REALITI SEBUAH TRAGEDI

Asy Syauqi bersyair :
نظرة فابتسامة فسلام # فكلام فموعد فلقاء
وقال الشاعر : وما الحب إلا نظرة أثرة نظرة # تزيد نموا إن تزيده لجاجا

1. Main mata sebagai agenda pertama dalam aksi mengorat.sekiranya ada respon, pasangan semakin berani bertindak.
2. Bersahut suara dan saling hubung menghubungi melalui surat,telefon dan sebagainya. Kesempatan ini akan digunakan oleh kedua-dua pihak untuk berbuat sesuatu agar hubungan semakin erat termasuk penggunaan mentera.
3. Merancang pertemuan (dating) di tempat-tempat umum untuk meluahkan perasaan masing-masing. Bungaan ayat dihamburkan demi memaut hati pasangan.
Contoh :
i lautan api sanggup kuharungi.
ii kalau tak percaya belahlah dada.
iii Berkorban apa saja,sanggup sehidup semati

4. Tatkala kemesraan kian bersemi pasangan bercinta teramat sukar untuk ‘tidak menyentuh’ antara satu sama lain.Tindikan minima, mereka akan bersentuhan bahu dan berpegangan tangan ketika berjalan.Tindakan mereka lebih berani apabila beraksi ditempat sunyi seperti kelab istirehat, di tepi pantai dan seumpamanya.

الإلتزام بجماعة المسلمون
- Al-Anfal ayat : 46 –

تكوين البنة الصالحة
- Ali-‘Imran ayat : 115 –

أشراف الزواج
عن عبد الله بن مسعود قال : قال لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه اغض للبصر وأحسن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء. (رواه البخارى والمسلم)

Agenda yang membantu
- Menggunakan institusi orang tengah
- Menubuhkan unit Taqdim.

3. CINTA SELEPAS BERKAHWIN

Cinta bersemarak dengan nilai yang suci murni dari noda dan dosa akan menumbuhkan kebahagiaan dan kepuasaan yang hakiki. Cinta sebelum perkahwinaan adalah dengusan perasaan yang sering membawa imej yang pura-pura dan keterlaluan. Luahan perasaan dan rengekan suara antara pasangan yang belum halal hanyalah membentuk cinta bernoda dan sering dikuasai oleh helah syaitan. Sungguh pun batas syariat cuba dipelihara namun menjadi suatu hal yang dibimbangi apabila berlangsung hubungan antara dua pasangan yang bukan muhram.

Sikap merahsiakan perhubungan antara pasangan bukan muhram ini antara api syubhat yang bakal hangus benteng syariat antara mereka.

Cinta diperingkat ini juga memberi kesan negatif kepada psikologi individu yang terlibat lantaran angan-angan dan khayalan yang sering menghantuinya.

Perkahwinan sebagai satu penyelesaian kepada konflik ‘Cinta Lutong’ ini. Ianya akan mengajar erti realiti sebuah cinta. Cinta sejati adalah kemuncak rasa yang sukar dicapai. Pengorbanan dan ketabahan sebagai modal pokok ke arah pencapaiannya.

Merentasi cabaran dan menyelami perasaan masing-masing (antara kedua-dua pasangan) akan menjelaskan nilai cinta murni yang suci dari penipuan dan khayalan bahkan penuh keinsafan dan tanggungjawab.

4.TIPS CINTA UNTUK KEBAHAGIAAN BAIT MUSLIM

Pendakian puncak ustaziatul alam mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah.Bait muslim sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar di daki dengan penuh jaya dan gemilang.Ketabahan,kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya.
Seringkali isu ‘Kegagalan Rumah Tangga’ diperkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin. Fenomena ini dapat disaksikan di negara-negara barat apabila muda-mudi bosan dengan perkahwianan lantas mengamalkan ‘free sex’.
Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya :

- Ar-Rum ayat : 21 –

4.1 TIPS CINTA UNTUK SUAMI

- Bersikap baik dan lembut dengan isteri.
- Menjaga kehormatan rumahtangga.
- Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik.
- Bersabar dengan karenah isteri.
- Mengandalikan nafkah dengan baik.
- Bergurau senda dengan isteri dan anak.
- Membantu tugas-tugas isteri dirumah.


4.2 TIPS CINTA UNTUK ISTERI

- Berterima kasih di atas pemberian suami.
- Segera memenuhi permintaan suami.
- Bertindak diatas keizinan suami–jangan sekali-kali mengangkat suara.
- Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri.
- Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi.
- Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir.
- Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu darinya.
- Membantu urusan perjuangannya.
- Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami.
- Berlembut apabila di marahi dan senyum apabila digembirakan.

4.3 TIPS CINTA UNTUK KEDUA SUAMI ISTERI

- Persefahaman.
- Ta’awun.
- Tasamuh
- Wujud suasana romantis.
- Atasi bebanan kerja
- Kepuasan seks.
- Elakkan sikap mengkritik pasangan.
- Saling percaya mempercayai di antara satu sama lain.

PENUTUP

Hidup manusia menjadi pasif tanpa cinta bahkan bertaraf durjana tatkala tiada nilai cinta rabbani yang menjadi asas pergerakan manusia membebaskan diri daripada kepungan api neraka Allah. Justeru itu cinta harus dipertemukan dengan fitrah demi kesejagatan Al-Hayah anugerah Allah.
Manusia wajib mencintai Allah, Rasul sesama mukmin sebagai teras pembinaan daulah Islamiah Al-Fadhilah. Tanpa cinta berperspektif Islam dunia akan binasa dan musnah dek kemarau Nusrah dan Hidayah Ilahi serta permusuhan manusia yang berpanjangan.

Nilai cintalah,ummat menjadi satu dan ‘izzah menjadi milik mereka.

Firman Allah SWT :

- Ali-‘Imran ayat : 103 –

0 komentar:

Posting Komentar